Friday, June 8, 2012

Remaja Rogol Pelancong Switzerland


KOTA BHARU - Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol pelancong Switzerland, bulan lalu.


Tuduhan terhadap Muhamad Irfan Daud, 19, dibuat mengikut Sesyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.


Dia dituduh merogol setiausaha berusia 25 tahun itu dalam bilik sebuah rumah di Taman Intan, Lorong LPP Lundang di sini, pada jam 5 petang, 10 Mei lalu.


Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan kes tersebut disambung 2 Ogos depan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nurhilwani Mat Riffin membantah jaminan, Peguam bela, Rosmizan Sulaiman bagaimanapun merayu supaya anak guamnya itu diberikan jaminan berikutan tertuduh masih menuntut di IPT.


”Tertuduh juga menghidapi penyakit usus yang memerlukan rawatan rapi,” katanya.


Selepas mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak, Hakim Irwan Suainbon kemudian membenarkan Muhamad Irfan diikat jamin sejumlah RM10,000 dengan seorang penjamin.


Pada 22 Mei lalu, tertuduh atau ‘boy’ menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu selepas genap seminggu gambarnya tersebar di akhbar.


Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan seorang setiausaha warga Switzerland mendakwa dia dirogol, manakala, rakannya dicabul empat lelaki ketika singgah di Pejabat Konsul Thailand, di bandar ini bagi urusan visa untuk ke Bangkok, selepas balik dari Pulau Perhentian, Terengganu.


Susulan laporan polis yang diterima, seorang remaja berusia 18 tahun ditahan di rumahnya di Taman Intan, Lundang dan mengaku mencabul salah seorang mangsa ketika dituduh 23 Mei di Mahkamah Majistret di sini. Sementara, dua lagi suspek adik-beradik, Hary dan abangnya masih diburu.

No comments: