Friday, June 22, 2012

Pesawat Tentera Udara Indonesia Terhempas Di Kawasan Perumahan


Sebuah pesawat milik tentera udara Indonesia terhempas di kawasan perumahan Rajawali dekat Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma di sini sebentar tadi.

Menurut jurucakap tentera lapangan terbang, Halim perdanakusuma, Fokker F-27 Skuadron Udara 2 Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) terhempas di kawasan kediaman tetapi tiada maklumat mengenai kematian atau kecederaan.


Agensi berita Antara memetik seorang pegawai kanan tentera udara Indonesia sebagai berkata bahawa kejadian itu berlaku pada pukul 2.45 petang.

Seorang saksi memberitahu saluran TVONE, dia mendengar letupan kuat dan melihat kepulan asap dari kawasan perumahan.

Metro TV Indonesia turut menunjukkan rakaman kepulan asap tebal naik daripada rumah-rumah yang terbakar, melaporkan pesawat telah jatuh antara enam ke lapan buah rumah.




Jurucakap Asman Yunus berkata, “pesawat Fokker dengan tujuh orang anak kapal berada di atas kapal tersebut. Pesawat menjalankan latihan tanpa penumpang dan ia jatuh ke kompleks perumahan tentera. Kesemua mangsa telah dihantar ke hospital,”

Pesawat buatan Belanda itu sedang bersiap sedia untuk mendarat di landasan utama Halim Perdanakusuma ketika kejadian itu berlaku, kata laporan itu.

Sumber : CtHoney

No comments: