Monday, June 11, 2012

Puteri Caroline Juara Mentor 6



Apapun...Tahniah di ucapkan kepada Puteri Caroline Mohd Kamel, protege kepada Ella yang menjadi juara Mentor musim 6 yang berlangsung malam semalam di Stadium Malawati. Caroline memperoleh markah keseluruhan 71 markah.
Caroline dan protege nya Ella telah membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta trofi.
Tempat kedua pula dimenangi oleh protege Ogy Datuk Ahmad Daud, Zatul dengan 60 markah dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 serta trofi.
Tempat ketiga pula jatuh kepada Anas, protege Faizal Tahir dengan 50 markah dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.
Walaupun Anas tidak beberapa sihat, suara pun serak-serak basah, tetapi tetap juga mampu membuat persembahan. Begitu juga dengan Caroline yang nampak amat keletihan.
Tahniah kepada Caroline, Zatul dan Anas yang berjaya sehingga ke final!

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk