Thursday, June 14, 2012

Cahaya Misteri Dan Luar Biasa Muncul Di Langit Rusia


Pada 7 Jun yang lalu 2012, dunia gempar dengan lingkaran cahaya misteri yang boleh dilihat melalui langit Lubnan dan juga negara di sekitarnya. Pada hari yang sama juga, di bandar Astrakhan, Rusia, satu cahaya misteri dan dan luar biasa dapat dilihat dengan jelas dari langit tersebut (seperti gambar di bawah).

Menurut laman theblueplanetdiaries, Kementerian Pertahanan Rusia sudah mengesahkan bahawa pada hari tersebut, mereka telah menjalankan ujian peluru berpandu ballistik antara benua (ICBM). Mungkin ini juga dapat menyelesaikan misteri lingkaran cahaya yang hampir sama berlaku di Norway pada tahun 2009 lalu.

Oh ya, berkenaan awan pelik yang berlaku di Sabah semalam, adakah ianya berpunca daripada ujian senjata rahsia oleh TLDM yang berpangkalan di Sepanggar? Atau hanya fenomena semula jadi? Rahsia.




via: 

No comments: