Friday, June 8, 2012

Tahniah!! Lan Kristal Dan Isteri Timang Cahaya Mata Kedua


Vokalis kumpulan Kristal,Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yosof yang telah mendirikan rumahtangga bersama dengan isterinya Nur Shiela Hassim telah memberi perkhabaran gembira apabila isterinya telah melahirkan anak kedua mereka petang semalam.
Pasangan yang telah mendirikan rumahtangga sejak tahun 2010 ini, telah dikurniakan seorang bayi perempuan seberat 2.8kg di sebuah hospital swasta. Berita gembira ini disebarkan oleh Lan sendiri kepada rakan media yang lain selepas menyambut kelahiran puteri kedua mereka pada pukul 5.29 petang semalam.
Lan dan Shiela merupakan pasangan yang telah bercinta selama 10 tahun dan akhirnya mengikat tali perkahwinan pada tahun 2010 ini telah dikurniakan anak kedua sepanjang dua tahun berkahwin. Tahniah

No comments: