Tuesday, June 12, 2012

Hot!! Peminat Ditengking Di Showcase KRU?


Peminat Ditengking Di Showcase KRU? 
Showcase ulangtahun ke-20 KRU yang berlangsung di Neverland@Orange, Ahad malam, menyaksikan hampir 2000 peminat hadir memeriahkan suasana. Di sebalik kehangatan persembahan KRU dan juga barisan artis di bawah naungan mereka, terdapat juga pelbagai perkara yang menarik berlaku di sana. Apa lagi, jom ikuti corat-coret yang sempat GUA rangkumkan untuk anda semua.
1.    Seawal jam 4.00 petang, peminat sudah mula hadir di perkarangan Neverland@Orange bagi mendapatkan tiket masuk.

2.    GUA yang bertindak selaku portal rasmi ‘Showcase Ulangtahun ke-20 KRU’ turut membuka ‘booth’ di perkarangan Neverland@Orange di mana pelbagai barangan seperti T-Shirt, lanyard dan pen dijual. Pengunjung yang hadir juga berpeluang untuk mendaftar ke laman Tonton di mana setiap pendaftaran akan menerima cenderahati secara percuma.

3.    Peminat sudah mula beratur seawal jam 5.00 petang walaupun pintu hanya dibuka pada 8.00 malam.

4.    Ketika berpusu-pusu masuk, seorang pengawal meninggikan suara kepada peminat-peminat kerana berasak di pintu masuk.

5.    Seorang wanita dipercayai ahli keluarga KRU dilihat menitiskan airmata selepas klip video mengenai keluarga KRU ditayangkan.

6.    Soffi Jikan, Diana Rafar dan Daus AF merupakan antara artis yang hadir pada persembahan ulangtahun ke-20 KRU.

7.    Ada peminat yang hampa kerana tidak dibenarkan masuk gara-gara memakai sandal.

8.    Peminat diarah mengosongkan Neverland@Orange dengan segera sejurus selesai persembahan kerana kelab itu akan menjalankan operasinya seperti biasa.

9.    Showcase ulangtahun Ke-20 KRU dihoskan oleh Reza Mohamed.

Sumber

No comments: