Monday, June 11, 2012

Pengantin Lelaki Mati Ditembak Semasa Majlis Perkahwinan



PATTANI: Pengantin lelaki ditembak mati di hadapan isterinya dan lebih 100 tetamu di majlis perkahwinan di daerah Khok Pho, Pattani, semalam.
Serangan itu berlaku kira-kira jam 11 pagi di rumah, di mana majlis kahwin itu diadakan, di Jalan Naket-Khok Pho, di tambun Makrut.
Pengantin lelaki, Yutthana Juyure, 27, dan isterinya Nurasatilah Masae sedang beramah mesra dengan tetamu dan bergaya di hadapan jurugambar.
Pada satu ketika, pengantin lelaki bergerak jauh sedikit daripada isterinya untuk bertemu dengan tetamu yang sedang makan di khemah berhampiran.
Ketika kembali, dia diekori oleh seorang lelaki yang menembaknya enam kali dengan pistol 9mm pada jarak dekat. Yutthana mati di tempat kejadian.
Penyerang itu melarikan diri dengan motosikal meninggalkan pengantin perempuan dan tetamu dalam keadaan panik 
sumber: hmetro.com.my

No comments: