Sunday, June 10, 2012

5 Makanan Pelik Di Thailand

Setiap negara mempunyai makanan tempatannya yang unik dan hanya boleh didapati di satu negara atau tempat sahaja. Sesebuah masyarakat mempunyai selera yang berlainan. Ada yang suka makan makanan mentah dan ada juga yang tidak. Apa pun, jom kita ketahui 5 makanan pelik yang hanya ada di Thailand.

1.  Larb Leuat Neua


Seperti orang Jepun, warga Thai juga suka makanan yang mentah. Bahan utama makanan ini ialah daging lembu mentah yang ditabur dengan daun pudina dan sos pekat berwarna merah. Warga Thai gemar makan hidangan ini dengan segelas beer.

2. Goong Ten


Goong Ten membawa maksud "udang menari". Seperti namanya, hidangan ini menyajikan udang segar dan masih hidup. Hidangan ini dimakan dengan salad dan disajikan dalam mangkuk logam. Warga Thai menyukai hidangan ini kerana udang mentah akan mengeluarkan rasa masin saat digigit. Tak percaya, cubalah..

3. Larb Mote Daeng


Semut merah dan telur-telurnya juga menjadi hidangan pilihan warga Thai. Membayangkan semut dan telur semut sebagai makanan memang menjijikkan bagi orang luar. Namun kata mereka, seandainya orang luar ditutup mata dan disuruh mencuba hidangan ini, pastinya mereka akan mengatakan hidangan itu sedap.  Menurut mereka, semut merah mempunyai rasa seperti jeruk kerana semut merah memakan daun mangga manakala telur semut mempunyai rasa seperti mentega asli. 

4. Yam Kai Yeow Maa


Salad Thailand ini dicampur dengan telur itik yang sudah diawet. Telur yang diawet ini berwarna hitam dan kenyal. Penggemar hidangan ini mengatakan mereka bosan dengan telur rebus biasa dan lebih menyukai tekstur dan rasa berbeza hidangan ini.

5. Kai Khao


Telur ini mengandungi embrio dan lebih kurang sama dengan makanan yang ada di Filipina. Dari luar, telur ini kelihatan seperti biasa tetapi cubalah pecahkan telur ini, anda akan nampak embrio ayam, burung atau itik di dalamnya. - Sumber

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk