Tuesday, June 19, 2012

Warga Emas ‘Hamilkan’ Anak Sotong


Gambar Hiasan
SEOUL- Seorang wanita berumur 63 tahun di Korea Selatan dilaporkan ‘menghamilkan’ 12 anak sotong selepas dia memakan calamari sotong goreng.
Difahamkan, warga emas itu berjumpa doktor selepas mulutnya berasa tidak selesa dan hasil pemeriksaan mendapati anak sotong telah melekat di bahagian gu si, lidah serta pipinya.
Doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan sedozen anak sotong didakwa terhasil daripada sperma yang terdapat pada calamari tersebut.
Disember lalu, seorang wanita di Jepun yang memakan sotong mentah jug a terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan sperma haiwan itu dari mulutnya.- Metro

No comments: