Wednesday, June 27, 2012

Adakah Telan Air Mani Boleh Sebabkan Mengandung ?




Soalan


AHMED AMIN,
Kuala Lumpur



SAYA ada sedikit pertanyaan mengenai masalah tertelan air mani.
Adakah benar kenyataan iaitu apabila seorang isteri tertelan air mani 
suaminya, ia boleh menyebabkan si isteri hamil? Saya berharap doktor 
boleh menjelaskan masalah ini.


Jawapan
KEHAMILAN berlaku apabila sperma berjaya menembusi ovum yang lazimnya menung�gu di dalam tiub fallopio selepas ovulasi. Embrio ini kemudian akan ‘ditolak’ ke dalam ruang rahim sebelum implantasi ke dalam lapisan terdalam rahim.

Air mani yang ditelan akan memasuki saluran pencernaan bermula esofagus, gaster (perut), usus kecil dan usus besar. Tiada laluan langsung untuk sperma melalui saluran makanan menuju ke tiub fallopio untuk mensenyawakan ovum.

Malah, sperma mati kerana tidak dapat bertahan di dalam cecair gaster yang mempunyai keasidan yang tinggi.

Di dalam faraj juga sperma tidak dapat bertahan lama, kebanyakannya mati selepas setengah jam berada di dalam faraj akibat sedikit keasidan yang ada di dalam persekitaran faraj untuk melawan jangkitan kuman.

Jika kehamilan berlaku, ia mungkin daripada sperma ejakulasi ke dalam faraj sewaktu sesi hubungan seks yang lain atau daripada sperma yang boleh terkandung dalam cecair daripada zakar pada awal hubungan seks penetratif (sebelum ejakulasi).


Sumber

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk