Wednesday, April 11, 2012

300 Tattoo Bendera Terdapat Pada Badan Orang Ini


NEW DELHI: Seorang lelaki yang terlalu obses untuk memecahkan rekod dunia akhirnya terpaksa berhenti melakar tatu bendera pada tubuh dan kepalanya selepas isterinya mengancam meninggalkannya. Guinness Rishi, 70, dari Delhi dilitupi 305 bendera pelbagai negara, 185 peta negara, 165 bendera mini dan 2,985 karektor.


Isterinya yang sudah sekian lama menderita akhirnya memujuknya supaya berhenti selepas meyakinkan Guinness bahawa tidak ada orang yang ingin memecahkan rekodnya. Rekod rasmi yang dipegangnya ketika ini dicatat pada 2009 dengan 220 tatu bendera.

No comments: