Wednesday, April 11, 2012

Aaron Aziz Sahkan Telah Terima Status Penduduk Tetap Malaysia


Berita baik untuk anda yang kami tahu risaukan situasi agak tegang selepas kenyataan Zed Zaidi di Twitter beliau semalam. Bercakap kepada portal hiburan GUA semalam, Aaron Aziz berkata yang beliau sudah pun di’terima sebagai penduduk tetap Malaysia & kini menanti dokumen sah.

 “Sebenarnya dah diluluskan cuma tunggu untuk diambil”, ujar Aaron Aziz ringkas apabila di’tanyakan status permohonan untuk menjadi penduduk tetap Malaysia. Zed Zaidi menerusi akaun Twitter beliau menulis yang beliau akan merasa lebih bangga jika selebriti kelahiran Malaysia yang berjaya menggenggam anugerah Bintang Paling Popular ABPBH25 kelmarin.

 Kenyataan Timbalan Presiden Seniman itu mengundang rasa kurang senang di kalangan para peminat Aaron Aziz dan pelakon kacak ini berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan kenyataan Zed Zaidi itu.- Roti Kaya

No comments: