Sunday, April 15, 2012

Gambar Mayat Wanita Bunuh Dan Bakar Di Kulim Kedah


Mayat yang dipercayai wanita telah dijumpai masih dalam keadaan terbakar di Jalan Padang Meha Sungai Karangan berdekatan dengan Jalan Taman Desa Aman, Kulim Kedah. Kejadian berlaku 13 April 2012 jam sekitar 10 malam.


 Menurut sumber, mayat ini dipercayai telah dibunuh di kawasan lain dan diletakkan di dalam lubang seperti parit besar tepi jalan di Jalan Estet Padang Meha, Kulim Kedah tidak jauh dari kebun kelapa sawit. Orang awam yang menjumpai mayat yang masih dalam keadaan terbakar itu, terkejut lalu melaporkannya kepada pihak Polis.


 Beliau memberhentikan kereta dan parking untuk menjerat (memasang jerat) burung dan ternampak api yang marak dari parit tempat mayat dibakar. Beliau terus menghampiri dan nampak seperti manusia yang sedang terbakar dalam keadaan terbaring.


 Orang awam tersebut terus menghubungi Balai Polis Sungai Karangan untuk memaklumkan kejadian ini dan pihak Polis sampai di tempat kejadian dan punca kematian mayat yang dibakar ini masih dalam proses siasatan oleh pihak Forensik. - Sumber



No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk