Monday, April 16, 2012

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Natasha Hudson Dan Carleed Khanza

Dengan sekali lafaz Natasha Hudson sah bergelar isteri kepada penyanyi dan komposer muzik, Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal di Masjid Wilayah Persekutuan jam 11.55 pagi Ahad.


Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah, Shahirman Ahmad, berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan tiada wang hantaran diterima.


Natasha yang baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah meluahkan rasa bersyukur kerana kembali bergelar isteri buat kali ketiga selepas dua tahun bercinta dengan Carleed.


Natasha juga enggan mengadakan sebarang majlis resepsi. Natasha yang menggayakan persalinan berwarna coklat keemasan menerima lima dulang hantaran seperti Sirih Junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin. Manakala Carleed pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin. Kredit gambar kepada rotikaya.com



No comments: