Thursday, April 5, 2012

Laporan Polis Membuktikan Dira Pengacara Melodi Yang Sepak Muka Seorang Pengunjung Pusat Hiburan


Blog Rotikaya telah mengeluarkan gambar salinan laporan polis wanita berusia 29 tahun yang menjadi mangsa insiden sepak muka oleh seorang selebriti bergelar pengacara popular sebuah rancangan gossip di Malaysia. Pengacara popular itu dituduh mengasarinya di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

 Sebelum ini, Dira Abu Zahar, pengacara melodi dikaitkan dengan insiden tersebut, namun dia telah menafikan mengenai tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Namun salinan laporan polis yang dipercayai laporan mangsa telah menunjukkan cerita yang sebaliknya. Dalam laporan tersebut, tertulis kenyataan berbunyi “rupa-rupanya perempuan yang menyepak saya adalah D*** pengacara M*****”.


Beberapa komen pengunjung blog Rotikaya juga telah membuat spekulasi mengatakan bahawa pengacara rancangan hiburan yang dipercayai terlibat ialah Dira.- Sumber

P/s- Mengaku je la...dah buat salah...

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk