Tuesday, April 17, 2012

Tahniah!! Felix AF3 Dapat Anak Lelaki

Felix Agus, 30, yang berkahwin bersama Lydia Larius Gojih baru saja menimang cahaya mata pertama pada tanggal 13 April lalu yang mana ia jatuh pada hari Jumaat. Menurut sumber, isteri Felix selamat melahirkan di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah.


 Pelantun lagu Warkah Berlagu Pilu ini berasa amat gembira dengan cahayamata sulungnya itu dengan menganggap ianya sebagai hadiah hari lahir paling bermakna buat dirinya. Ianya kerana Felix baru saja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-30 pada 3 April lepas.


 Bagaimanapun, namanya masih belum diberikan kepada bayi lelaki secomel ibu bapanya itu. Apapun, tahniah diucapkan kepada Felix dan diharap dapat menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan sempurna.

No comments: