Wednesday, January 18, 2012

Anwar Mahu Saman Utusan RM50 Juta ?


Anwar Ibrahim hari ini mengambil tindakan drastik menyaman Editor dan Utusan Melayu Sdn Bhd penerbit akhbarUtusan Malaysia ekoran penyiaran kenyatan Hasan Ali yang mendakwa Anwar menghalalkan kegiatan homeseksual seperti mana disiarkan dalam akhbar itu di muka depan hari ini.

Kenyataan Hasan itu yang disiar akhbar berkenaan berbunyi;“Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali membidas Datur Seri Anwar Ibrahim kerana mempertikaikan undang-undang homeseksual di negara ini.

“Menurut beliau, pendirian Anwar tersebut bukanlah baharu kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asal penasihat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut.

Editor dan akhbar berkenaan diberi tempoh 48 jam untuk membuat permohonan maaf di atas kenyataan berkenaan.

K/s- Kenapa RM50 juta? Saman jer RM 1 Billion....Biar kasi ajar sikit kat diorang ni....Suka sangat memfitnah....

No comments: