Saturday, January 21, 2012

Penyerang Sensasi Negara Safee Sali Ditawar Kontrak 3 Tahun

KETUA pasukan Pelita Jaya, Safee Sali ditawarkan kontrak tiga tahun bagi memperbaharui perjanjiannya bersama kelab itu yang bakal tamat hujung Januari ini.


Pengurusnya, Zakaria Rahim berkata, setakat ini perjanjian ditawarkan kelab yang berpangkalan di Indonesia itu, lebih serius berbanding tawaran yang diterima daripada beberapa kelab luar lain.

"22 Januari depan saya akan kembali ke Jakarta untuk berbincang selanjutnya mengenai kontrak tersebut. Setakat ini kontrak ditawarkan Pelita Jaya adalah yang terbaik. Bagaimanapun kami sedia mempertimbangkan jika ada tawaran dari kelab lain,"katanya.

Katanya, walaupun banyak tawaran diterima, Safee mahu menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai ketua pasukan Pelita Jaya terlebih dahulu, sebelum menerima tawaran lain.- Sumber Sinar Harian

No comments: