Saturday, January 21, 2012

Filem Terbaru Pengarah 'Budak Kelantan' Geng Pisang

Berkisahkan tentang perjalanan hidup seorang pembunuh rahsia yang menganggotai sebuah kumpulan bawah tanah, filem ini dijangka akan dapat memberikan suatu sentuhan dan citarasa baru dalam industri perfileman tanahair. Kelainan cara garapan yang dipertaruhkan dalam filem ini juga diharap akan dapat membawa sebuah perubahan kepada dunia perfileman negara. Kerana filem ini lebih menerapkan serta menekankan jati diri Melayu dalam babak-babak serta aksi pertarungannya, dan tidak ingin dipengaruhi oleh babak-babak aksi filem dari Hong Kong atau Hollywood.

Skrip filem ini ditulis oleh Wanji Aswandi berkonsepkan kritikan sosial yang bergenre drama aksi dan bakal membariskan barisan pelakon seperti Khir Rahman, Bront Palarae, Wanji Zain, Pekin Ibrahim, Amerul Affendi, Nam Ron, Melissa Saila, Pyan Habib, Ronasina, Khiril Ridzuan dan ramai lagi.

No comments: