Pengarah Penyelaras Dun berkenaan, Datuk Wan Abdul Ghani Wan Yusoff berkata, cadangan itu sebagai perubahan besar senario politik tanah air. Golongan muda boleh mengundi sebaik berusia 21 tahun dan beri peluang mereka memilih parti yang dikira layak mentadbir negara.
“Selama ini mereka terpaksa menunggu usia 21 tahun untuk layak menjadi pengundi, malah mereka tidak terus menjadi pengundi kerana menunggu enam bulan sebelum nama mereka diwartakan dalam senarai pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.
Sistem itu katanya, merugikan kerana golongan muda ramai yang hanya menjadi ‘penonton’. Beliau mengulas cadangan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang sedang diteliti Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC).
"Dengan terlaksana cadangan itu, ia perubahan positif sistem mengundi dan memilih bagi rakyat negara ini khususnya, golongan muda,” katanya.- Sumber
No comments:
Post a Comment