Penyanyi Ayumi Hamasaki kini akan melalui prosiding perceraian dengan suaminya Manuel Schwarz dari Austria.
Menurut Tokyo Hive, Ayumi Hamasaki telah mengumumkan hasratnya untuk menceraikan suaminya itu melalui laman web rasmi kelab peminat setelah mereka berkahwin selama setahun pada bulan Januari 2011.
Antara sebab-sebab perceraiannya ialah kerana perubahan hidup di luar Jepun selepas Gempa Bumi Tohoku.
Dalam kata-katanya sendiri, beliau menjelaskan:
"Pada masa perkahwinan kami, kami memutuskan untuk tinggal di Amerika, bagaimanapun, kerana Gempa Bumi Tohoku yang berlaku dua bulan kemudian, perasaan yang kuat timbul dalam hati saya bahawa saya tidak mahu tinggal di negara lain selain dari Jepun. Saya tidak dapat membayangkan kehidupan di Amerika, dan hasilnya, saya meninggalkan suami saya dengan sendirinya bagi tempoh masa yang panjang. "
Ini bukan sahaja mewujudkan perpecahan fizikal antara Hamasaki dan Schwarz, tetapi juga di peringkat mental yang telah menyebabkan perselisihan pendapat.
Ayumi Hamasaki dijangka memfailkan perceraian di Los Angeles ketika dalam tempoh sebulan ini. Mereka berkahwin di gereja kecil di Las Vegas pada 1 Januari 2011.
No comments:
Post a Comment