KUALA LUMPUR - Aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Adam Adli Abdul Halim, 22, hari ini dipanggil beri keterangan berhubung tindakannya menurunkan bendera tertera gambar Datuk Seri Najib Tun Razak di pekarangan Ibu Pejabat Umno di sini bulan lalu.
Adam Adli, merupakan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), dengan ditemani peguamnya Fadiah Nadwa Fikri, tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Turut hadir memberi sokongan moral ialah Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Mohammad Safwan Anang.
Fadiah Nadwa berkata, Adam Adli dipanggil untuk siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja bertindak sedemikian dengan niat hendak menjejaskan keamanan, namun dianggap tidak berasas."Saya meminta pegawai penyiasat untuk melihat laporan polis dibuat terhadap siasatan mengikut seksyen tersebut tetapi tidak diizinkan atas alasan ketua mereka tidak memberi kebenaran.
"Pegawai penyiasat itu pula bertanyakan 11 soalan kepada Adam Adli, namun saya menggunakan Seksyen 112 (2) Kanun Acara Jenayah untuk membolehkan anak guam saya tidak menjawab soalan yang diajukan," katanya ketika ditemui, semalam.
Dakwanya, 11 soalan yang diajukan kepada Adam Adli juga dilihat tidak berasas, antaranya sama ada dia memijak bendera yang diturunkan.Sementara itu, Adam Adli berkata, dia mempertikaikan siasatan polis ke atasnya.Kata Adam Adli, dia turut mempertikaikan mengapa polis tidak melakukan siasatan terhadap laporan yang dibuatnya berhubung ugutan selepas kejadian 17 Disember lalu."Tiada sebab untuk polis dakwa dan heret saya," katanya.
Pada 17 Disember lalu, kira-kira 200 ahli SMM berkumpul dan berarak bagi menggesa Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan kerana didakwa menyekat kebebasan akademik. Sebelum menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, beberapa ahli SMM ketika berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bertindak menurunkan bendera yang mempunyai gambar Najib.
P/s- Caiyalah Adam, kamu memang seorang yang berani. Gua sokong lu....Apa pendapat korang?
Sumber- www.sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment