Thursday, January 19, 2012

Rebat Tol Plus Sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina

Berita baik. Semua Pengguna lebuhraya PLUS bakal menikmati rebat 10 peratus apabila membayar tol menggunakan kad PLUSMiles atau Touch’n Go sempena Tahun Baru Cina ini kecuali di plaza tol Bukit Kayu Hitam, Jambatan Pulau Pinang, Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar. Tawaran ini bermula pada 19 Januari , 23 Januari dan 27 Januari.


Pengguna boleh menuntut rebat itu di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila menambah nilai kad elektronik mereka bermula 1 Mac hingga 31 Mei ini, Tujuan pemberian rebat ini adalah strategi PLUS untuk menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran elektronik yang lebih mudah dan cepat.

No comments: