Thursday, January 19, 2012

Nazmi Faiz Bakal Ke Cardiff City!!!


Cardiff City mahu mengukuhkan hubungan mereka dengan Malaysia apabila mengadakan perbincangan untuk membawa pemain tengah berusia 17 tahun Nazmi Faiz ke kelab mereka pada tahun ini.

Nazmi Faiz menyerlah pada tahun lalu apabila beliau menjadi pemain termuda dalam skuad Olimpik Malaysia untuk Sukan Sea di Jakarta. Beliau adalah sebahagian daripada strategi Malaysia untuk cuba layak ke perlawanan bola sepak di Sukan Olimpik musim panas ini di London.


Nazmi Faiz juga telah menjaringkan gol yang amat luar biasa untuk Malaysia sewaktu bertemu Bahrain.
Sebelum ini The Bluebirds telah memberi peluang kepada penyerang Safee Sali dan kapten pasukan kebangsaan Malaysia Safiq Rahim untuk menjalani latihan dan pemilihan, tetapi mereka lebih cenderung dengan Nazmi Faiz.

No comments: