Itulah cadangan yang dikemukakan Datuk Sri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak dalam cadangan debat antara mereka.Namun sehingga kini Najib tidak memberikan sebarang kesanggupan untuk debat ini.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan pula berkata, ia tidak perlu diadakan kerana ia budaya barat yang belum boleh diterima masyarakat negara ini.
Sebelum ini, badan penyelidikan, Merdeka Centre mencadangkan agar kedua-dua mereka berdebat.
Anwar Ibrahim mengalu-alukan idea berdebat dengan Najib sebagaimana disarankan oleh Merdeka Center berdasarkan penemuannya baru-baru ini.
Sehubungan itu kata Anwar, debat yang disyorkan wajar bagi menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
“Masing-masing buat tuduhan, kita tuduh Barisan Nasional rasuah dan gagal tadbir negara, BN tuduh kita tidak tahu urus ekonomi, tuduh Anwar jadi alat DAP, masing-masing ada pendekatan dan kita cadang debat.
“Apa yang kita sebut, kita pertahankan, itu sebabnya kita perlu debat. Insya-Allah kita menang dan dapat tawan Putrajaya,” kata beliau pada Program Mesra Rakyat Bersama Penasihat Ekonomi Selangor di Stadium Sabak Bernam di sini baru-baru ini.
Hari ini, Anwar memberikan syarat dan cadangan yang cukup berat sebelah untuk Najib iaitu tempoh masa bercakap yang lebih untuk Najib. Cadangan itu dikemukakan Anwar melalui twitternya hari ini.
Sikap Najib enggan berdebat ini dibidas oleh Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.
"Ini menampakkan betapa purbanya cara berfikir kepimpinan parti ini dan betapa gentarnya UMNO untuk berbicara secara bersemuka mengenai hak rakyat," katanya.-Sumber
No comments:
Post a Comment