Thursday, January 5, 2012

Hati-hati Dengan Panggilan Dari Nombor 03-22662222/03-22663444

[Bernama] KUALA LUMPUR - Polis mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya panggilan individu menggunakan nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, yang mahu membantu mengurangkan kadar saman trafik.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kebelakangan ini, polis menerima tidak kurang 50 aduan setiap hari berhubung penggunaan nombor 03-22662222/03-22663444 dan beberapa sambungan lain di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Kebanyakan pemanggil memperdaya penerima bahawa mereka boleh mengurangkan kadar saman trafik de­ngan syarat pembayaran mesti dilakukan dengan memasukkan duit ke akaun bank pemanggil,” katanya.

Ramli menasihatkan orang ramai agar mendapatkan butiran pemanggil dan memberitahu akan memanggil semula si pemanggil menggunakan nombor tertera.

“Proses verifikasi seperti ini boleh mencegah kejadian penipuan kononnya daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman,” katanya.

Ramli berkata, polis menerima laporan mengenai penipuan menggunakan nombor talian ini daripada orang ramai dan pihaknya akan menyiasat dengan segera.

Beliau berkata, semakan panggilan melalui sistemnya dan Telekom Malaysia juga mendapati tiada panggilan keluar oleh pihak polis dibuat ke atas nombor yang dinyatakan pengadu.

Secara ringkasnya, berwaspadalah dengan segala urusan atau tawaran yang dilakukan melalui telefon. Jgan sampai dah terkena baru nak menyesal...santai!!!

No comments: