Friday, January 20, 2012

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia

SHAH ALAM - Penyanyi lagu Kembali Senyum, Izwan Pilus mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.15 petang tadi, di sebuah hospital di Ampang, disyaki akibat jangkitan kuman di dalam darah.Perkara itu disahkan adiknya, Aril Akademi Fantasia 7 (AF7) menerusi mesej Twitternya.

Izwan atau nama sebenarnya, Khairil Izwan Pilus merupakan bekas peserta Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006.Sementara itu rakan baiknya, Hairi memberitahu, arwah dikejarkan ke hospital malam tadi selepas mengadu sesak nafas. Jenazah dibawa ke kampung halamannya di Jasin, Melaka untuk dikebumikan pagi esok. Arwah sebelum ini, menerusi Twitternya pernah mengadu masalah kesihatan.



Antaranya, tulisan terakhir 18 Januari lalu antara lain berbunyi: "Tidak Lena tidor malam tadi sebab perut 'bloated' dek minum protien... Huh!! 'So I need my sleep now'!!!"

Allahyarham merupakan bekas finalis Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006 dan popular dengan lagu berjudul 'Kembali Senyum', sebuah lagu asal daripada drama Korea 'Full House' yang diadun semula dalam versi Melayu.

Pada Disember lalu, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada empat beradik, bersama adiknya,  Aril, dimasukkan ke hospital Pusrawi selepas demam panas berpanjangan selama seminggu.- Sumber Sinar Harian 

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk