KUALA LUMPUR – Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan mengadakan pemeriksaan secara percuma kepada pemilik kereta persendirian bermula 16 hingga 20 Januari ini.
Jabatan Komunikasi Puspakom melalui satu kenyataan media memberitahu, pemeriksaan percuma di semua cawangan Puspakom di seluruh negara itu diadakan bersempena sambutan Tahun Baru Cina.
“Pemeriksaan percuma ini merangkumi pemeriksaan identiti, ketelusan cermin, brek, suspense, gelincir sisi dan pemeriksaan bahagian atas dan bawah untuk memastikan tahap keselamatan kenderaan adalah optimal,” kata kenyataan itu hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Hisham Othman melalui kenyataan sama berkata, pemeriksaan percuma itu merupakan salah satu inisiatif pihaknya bagi memastikan keselamatan orang ramai sempena cuti perayaan.
Menurut beliau, pemeriksaan itu adalah secara sukarela dan Puspakom menawarkan kepakaran mereka untuk memastikan kenderaan persendirian selamat dan layak dipandu semasa musim perayaan.
Justeru, katanya, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut berkenaan mengenai pemeriksaan percuma itu diminta menghubungi talian bebas tol Puspakom 1-800-88-6927 atau layari www.puspakom.com.my. – mynewshub
P/s- Jom pg serbu puspakom yang berdekatan....Pada siapa yang kenderaannya baru siap tukar enjin, dan belum register..inilah masanya...percuma beb!!
No comments:
Post a Comment