Saturday, June 2, 2012

Pelik!! Buah Kelapa Tumbuh Pokok Pisang



Di Martapura, Sumatera Selatan, Penduduk di sebuah perkampungan disitu gempar apabila menemui sebiji buah kelapa yang ditumbuhi pokok pisang. Muhamad Edi, 52, menemui buah kelapa pelik itu ketika sedang menanam jagung di ladang milik rakannya, Komar, dua minggu yang lalu.

Buah kelapa itu ditumbuhi pokok pisang setinggi kira-kira 80 sentimeter. menurut Edi, sebelum menemui buah kelapa tersebut, dia terhidu bau bunga melati yang sangat kuat. lalu dia dan komar pergi mencari dari mana datangnya bau bunga melati itu, namun yang ditemui adalah buah kelapa yang bertunas pokok pisang diatas timbunan kulit kelapa di tempat pengupasan kelapa.


No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk