Friday, June 1, 2012

Windows 8 Release Preview Sedia Untuk Dimuat-Turun

Akhirnya, seperti mana yang dinantikan, Microsoft memulakan bulan Jun dengan memperkenalkan Windows 8 Release Preview, sekaligus setapak lagi kehadapan untukmelancarkan versi stabil sistem operasi generasi baru mereka. 

Windows 8 Release Preview dilancarkan kepada umum hari ini, dan sedia dimuat-turun oleh semua yang ingin menguji terlebih dahulu sistem operasi terbaru daripada Microsoft itu.



Melaluinya, ia menyertakan pelbagai perkara baru, termasuk pelayar web Internet Explorer 10, aplikasi khas Hotmail, SkyDrive dan juga Messenger, selain akses kepada pelbagai aplikasi lain melalui Windows Store. 

Selain daripada pelbagai fungsi baru padanya, Microsoft turut sama mengatakan melalui kemaskini baru ini, ia membawakan sekuriti yang dipertingkatkan, dengan lebih berjalan lancar, dan sokongan untuk pelbagai perkakasan baru.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turunnya hari ini secara percuma daripada laman rasmi Microsoft, sebelum Windows 8 dilancarkan secara rasminya dalam beberapa bulan lagi.



No comments: