Sunday, June 3, 2012

Pelik!! Ikan Ada Dalam Paru-Paru

Ikan
INDIA – Dunia perubatan di India kali ini dikejutkan dengan satu kes misteri. Seekor ikan telah dijumpai di dalam paru-paru seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun, Anil Barela.
Para doktor telah melakukan pembedahan untuk mengeluarkan ikan dari paru-paru kanak-kanak itu. Pembedahan itu mengambil masa selama 45 minit.
Dr Pramord Jhawar yang merupakan pakar bedah paru-paru berkayta ini adalha kes pertama yang dijumpainya setelah berkhidmat selama 20 tahun sebagai doktor.
“Ikan itu hidup di dalam paru-paru itu,” katanya.
Kanak-kanak itu telah menelan ikan sepanjang sembilan sentimetre ketika bermain di sungai bersama rakan-rakannya di daerah Madhya Pradesh.
Memetik dari The Times of India, kanak-kanak itu memang biasa menelan ikan yang hidup.
Namun, ketika kanak-kanak itu menelan ikan tersebut, ianya telah masuk ke saluran pernafasan.
Kanak-kanak itu mengetahui akan kejadian itu apabila dia mengalami masalah pernafasan.
Selepas pemeriksaan dilakukan melalui x-ray, ternyata ada seekor ikan yang masih hidup di dalam paru-parunya
 

No comments: